Translate

Sunday, 13 August 2017

PENGETAHUAN DALAM ISLAM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat Membaca Segala Apa Yang Terdapat Dalam Blog ini 
Moga Ada Manfaat Yang Akan Anda Perolehi 



KEGEMILANGAN ISLAM DI ZAMAN KEEMASANNYA

Islam adalah Agama yang Syumul, atau lebih mudah difahami dengan perkataan sempurna, yakni sempurna dalam pelbagai aspek duniawi dan ukhrawi, daripada sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar sebesar perkara, Islam juga memberi panduan kepada umatnya dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi sepanjang kehidupan kita di atas permukaan bumi ini.

Antara salah satu aspek yang amat ditik-beratkan dalam Islam ialah ilmu pengetahuan, hal ini kerana dengan ilmu pengetahuan, satu bangsa akan lebih maju dan bertamadun berbanding dengan bangsa yang kurang ilmu pengetahuannya, namun sekiranya kita hanya mementingkan ilmu pengetahuan sahaja dan mengenepikan segala aspek kerohanian seperti akhlak dan adab dalam menuntut ilmu dan kemasyarakatan, hal ini juga akan membawa bangsa tersebut kepada kehancuran.

Segala bidang Ilmu pengetahuan perlulah dikaitkan dengan ajaran islam, supaya ia dapat memberi sumbangan yang berguna kepada umat islam dan begitu juga kepada masyarakat dunia, tidak kiralah apa bidang yang kita pelajari, sama ada bidang kejuruteraan, kedoktoran, sastera, perundangan, fizik, kimia, astronomi, dan sebagainya, setiap kali seorang pelajar mempelajari ilmu, perlulah ada di dalam mindanya, apa sumbangan yang mampu dia sumbangkan kepada islam dalam bidang yang dipelajari.

Islam juga melahirkan ramai sarjana islam yang mahir dalam banyak bidang serta memberi sumbangan yang besar terhadap umat islam dan masyarakat dunia amnya, hal ini terbukti di zaman kegemilangan islam yang bermula daripada selepas kewafatan baginda rasul hingga zaman Kerajaan Turki Usmaniyyah, banyak sarjana islam lahir pada era tersebut, dan ada antara mereka yang dikagumi oleh sarjana barat, In Sya Allah, kita akan terokai kehidupan beberapa kehidupan sarjana islam didalam blog ini.

Sebelum kita menerokai kehidupan beberapa orang sarjana islam, perlu juga dinyatakan faktor-faktor yang mendorong mereka menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh sehingga mahir dalam beberapa bidang antaranya:
  1. Dorongan daripada kerajaan yang memerintah pada ketika itu.
  2. Semangat ingin tahu tentang perkara yang baharu, serta asal usul terjadinya perkara tersebut.
  3. Adanya perasaan ingin memberi sumbangan kepada masyarakat melalui pengetahuan yang di perolehi.

No comments:

Post a Comment